I'm Back!!

Salam & hai semua :)

Dah bertahun tak sentuh blog ni, bukak pun tak, baca blog orang apatah lagi. Ntah kenapa tetiba malam ni rasa macam nak bukak blog ni, mungkin sebab baca Terfaktab kot. Well, sebenarnya dah lama rasa macam nak tulis balik blog, tapi bila on laptop, terus tak de mood nak tulis, Ain will always be Ain, buat kerja ikut mood.

Kalau blog ni macam satu barang yang pakai-tak pakai, comfirm dah berhabuk 10 inchi sebab dah lebih setahun tak sentuh. Last post adalah setahun lepas, lama giler tu, kalau beranak, dah boleh celebrate birthday setahun.Hahaha..

Banyak benda jadi dalam setahun ni, saya dah masuk Year 4 (dah nak abis pun), saya ada classmates baru,saya TERada crush sekejap (itu pun dah hilang perasaan crush tu, nama pun crush kan, mesti la sekejap je), saya dah ada minat baru,which is running (walaupun saya sebenarnya tak suka lari) & macam-macam la. Yang tak berubah adalah saya still single, medicine still priority saya, saya masih enjoy main frisbee & saya masih buat kerja ikut mood.

Sebenarnya sekarang saya tengah buat discussion untuk case write-up psychiatry saya, tapi bila baca terfaktab, tetiba rasa nak tengok blog saya lak, lepas tengok, rasa nak tulis lak. So, akhirnya saya end up tulis blog.

As I said before, banyak benda jadi dalam hidup saya untuk setahun ni, kalau cerita sekarang memang panjang lebar la, mungkin selebar map US. So, tunggula kalau saya ada mood masa depan, saya tulis lagi :D

Beberapa hari lagi nak raya, so saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua yang terbaca entry ni. Have a joyful raya with your family & friends :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Elective Posting

Hari ni, 30 Julai 2012, dengan jayanya, saya start posting elective saya di Hospital Sungai Buloh bersama-sama Yana & Kak Tika. Kami posting kat medical department. Bila kat sana, terjumpa Afiq & Izzati. Diaorang pun buat elective kat department yang sama. So, jadilah kami geng yang AWESOME!

Hari pertama adalah hari menestablish rapport dengan staffs kat sana & objective kami tercapai. Staffs kat medical department kat sana semuanya baik. Ward kat sana jauh modern dari HTAR. Memang bertuah sipa kerja atau admit kat sana sebab ward dia ada accond, tak panas. Kami siap berperluang berjumpa dengan HOD medical, Dr Chris Lim. Kami sungguh berjaya untuk first day sebab kami dah berjaya membuat tour seluruh department. Bila objective tercapai, kami pun memulangkan diri kerumah dengan jayanya :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Elective

Isnin ni start elective kat Hospital Sungai Buloh. Tak sabar tapi rasa takut pun ada. Nasib baik ada Yana & Kak Tika. Tak sabar nak main doktor-doktor ;D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

10 Years of Friendship




It's been 10 years of friendship.
Hopefully it will be another 10 or may be 20 years or more than that of us together.
Thank you Allah for this <3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ultraman Kembali!! Oh Tidak, Hanya Ain Yang Kembali.

Dah lama saya tak check blog ni. Tulis entry baru lgi la tak. Baca blog orang pun tak sempat. Ni semua gara-gara busy dengan medicine & ultimate. Malam ni tiba-tiba rasa nak check blog ni sebab sekarang ni tak de kerja, duduk kat rumah tunggu orang panggil untuk elective. Insyallah, nanti saya post pasal apa yang jadi pada hidup saya untuk beberapa bulan ni. korang tahan la baca *pada sesiapa yang nak baca*. Bye,bye for now :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Friends


Friends with all,
Close to some,
Trust a few.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Cerita Di Medical

Khamis, 12 April 2012

Pengalaman paling berharga bagi saya bila dapat tolong doctors resuscitated patient yang collapsed. Mula-mula ingat nak tengok je sebab tak rasa yang doctors akan bagi kebenaran untuk tolong dalam keadaan yang kelam-kabut tu, tapi sebaliknya. Doctors mintak kitaorang untuk dieorang wat chest compression kat patient& tekan "bekas udara tu" (saya tak tau orang panggil benda tu apa). Tetiba rasa macam doctor betul sebab kena panjat katil patient untuk wat chest compression tu. Berbaloi saya, Amal, Syu & Kak Pinat stay untuk oncall petang tu. Tapi sayang, kami tak dapat selamtkan patient tu.

Next time, mintak-mintak ada case patient collapsed lagi, so boleh la kitorang belajar lagi. Than you so much to Dr Laili, Dr Sophia & Dr Farhana sebab bagi kami wat resuscitation. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Minggu Pertama di Medicine

First week saya kat medicine, saya agak blur. Saya still try untuk adapt dengan environment baru, patients yang baru dan kerja yang makin giler, not to mention hectic schdule sebab siap ada oncall.

First day tak rasa sangat sebab class semua dekat MSU lagi. Second day baru kitaorang gi hospital. At first, saya blur, tak tau nak wat apa. Even Dr Maghdi suruh bagi ikut cubicle, semua orang still clerking patient secara brjemaah. Tak mampu nak clrking sorang-sorang especially first day. Bak kata wonderpets, "apa yang penting? KERJASAM
!" Disebabkan kerjasama dengan, kitaorang dapat clerk few cases.

Second day kat hospital pun lebih kurang sama. Dr Jalal & Dr Maghdi sealu pesan, "makes friends with the doctors". Menyahut seruan itu, saya start la sengih-sengih macam kambing busuk & tegur HO and nurses yang nampka baik sikit. Tapi tak sangat pun.

By third day kat hospital, group saya kena gi clinic. Saya, Syu & Amal, orang yang paling awal datang. So kitaorang kena gi jumpa specialist dulu & terus masuk bilik consultation. Disebabkan kitaorang paling awal, kitaorang dapat pilih dulu nak masuk bilik mana. Saya masuk bilik Dr Teoh. Dr tu sangat best, semangat dia ajar. Hari tu banyak case CVS, tapi untuk 3rd year, kitaorang tak cover CVS, so saya agak blur bila dr cakap pasal heart block, IHD, murmurs dan ntah apa lagi la. Bila masuk ward petang tu, jumpa balik Dr Teoh, dia tegur & siap tunjuk ECG untuk complete heart block lagi. Ada gak doctors kat ward kat ward tu saya jumpa waktu kat clinic, so memang seronok la bila saya dah start kawan-kawan ngan doctors kat situ. Malam tu saya kena oncall, so saya stay kat situ sampai pukul 11 malam. Malam lagi best, sebab nurses & HO lagi ramah, sangat-sangat helpful la.


Esok rutin saya start balik, hopefully it will be much better. :)


P/s: Kalau dapat tengok patient collapsed mesti lagi best.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Clinical Exam Psychiatry & Primary Care

Alhamdullillah, clinical exam untuk psychiatry & primary care dah habis. Minggu lepas lagi dah habis tapi saya baru nak post pasal exam ni sebab baru ada mood nak cerita pasal exam. Basically, dua-dua exam tu evaluate cara kita dealing dengan patient, especially exam psychiatry. Cuak giler bila examiner tengok kita clerking patient. Dah la bukan sebarang examiner, dieorang tu semuanyer specialists. Lepas exam tu, rasa macam mati hidup balik,huhu...

Untuk Psychiatry, saya kena clerking seorang simulator patient ni. Patient ni abang kat clinic, tengok muka dia pun saya dah nak gelak, inikan lak nak kena clerking dia. Nasib baik saya dapat tunjukkan empathy saya cuba saya nervous gila babeng sebab semua orang pandang saya, terasa macam "center of attention", glamer kejap I uolllss. Hahaha. Comment saya dapat adalah, "You are more anxious than the patient". Mana tak anxious,semua orang pandang saya clerking. Datin & Dr Khatijah perhatikan saya macam nak makan saya, semua gerak-geri saya dieorang perhatikan termasuklah tuisan buruk saya atas kertas clerking tu. Perasaan tu hanya Tuhan yang tau, saya terasa macam nak lari nyorok bawah meja waktu tu, takut giler.

Untuk primary care lak, ada 2 station yang saya kena gi.First station saya adalah saya kena clerking & bgi consultation kat patient yang hyperlipidemia. First mistake saya buat adalah saya bagi salam. Saya tak alert patient tu non-muslim sebab saya baca profile dia En Amir, so saya terus je la bagi salam, sekali tengok non-muslim rupanya, failed betul sebab tak alert. Consultation saya tak berjalan lancar sebab saya blur giler nak cakap pasal apa, semua range untuk HDL,LDL, cholesterol level lupa. Teruk giler. Then second station saya adalah perform & explain cara guna peak flow meter kat patient. Patient tu nice sangat, I like her. Kat situ lagi best sebab selama ni belajar cara pakai je, cara nak intepret result tak pernah belajar lak. Habis merapu saya waktu explain kat patient, semua pakai general knowledge & common sense je. ada 1 chart tu saya langsung tak reti nak intterpret, pandang lama pun, idea tak datang-datang. Giler betul.

One thing saya belajar waktu exam psychiatry & primary care adalah, communication skills sangat penting, kalau tak tau sekali pun, cuba untuk tahu dan just be honest. Yang penting, hormat patient kita. Walaupun exam hanyalah 15 minutes, but it was the longest 15 minutes in my life. Hopefully saya pass la exam untuk posting ni, saya tak nak repeat sebab penat la nk repeat exam. Ya Allah, passkan la saya & kawan-kawan yang lain untuk exam ni, Amin. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kawan

Jangan berkawan kalau hanya berkawan untuk kepentingan diri sendiri.
Jangan berkawan kalau hanya untuk kesenangan sendiri.
Jangan berkawan kalau tidak sudi berkorban.
Jangan berkawan kalau tidak sudi bersusah bersama-sama.
Yang penting, JANGAN BERKAWAN KALAU TIDAK IKLAS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments