I'm Back!!

Salam & hai semua :)

Dah bertahun tak sentuh blog ni, bukak pun tak, baca blog orang apatah lagi. Ntah kenapa tetiba malam ni rasa macam nak bukak blog ni, mungkin sebab baca Terfaktab kot. Well, sebenarnya dah lama rasa macam nak tulis balik blog, tapi bila on laptop, terus tak de mood nak tulis, Ain will always be Ain, buat kerja ikut mood.

Kalau blog ni macam satu barang yang pakai-tak pakai, comfirm dah berhabuk 10 inchi sebab dah lebih setahun tak sentuh. Last post adalah setahun lepas, lama giler tu, kalau beranak, dah boleh celebrate birthday setahun.Hahaha..

Banyak benda jadi dalam setahun ni, saya dah masuk Year 4 (dah nak abis pun), saya ada classmates baru,saya TERada crush sekejap (itu pun dah hilang perasaan crush tu, nama pun crush kan, mesti la sekejap je), saya dah ada minat baru,which is running (walaupun saya sebenarnya tak suka lari) & macam-macam la. Yang tak berubah adalah saya still single, medicine still priority saya, saya masih enjoy main frisbee & saya masih buat kerja ikut mood.

Sebenarnya sekarang saya tengah buat discussion untuk case write-up psychiatry saya, tapi bila baca terfaktab, tetiba rasa nak tengok blog saya lak, lepas tengok, rasa nak tulis lak. So, akhirnya saya end up tulis blog.

As I said before, banyak benda jadi dalam hidup saya untuk setahun ni, kalau cerita sekarang memang panjang lebar la, mungkin selebar map US. So, tunggula kalau saya ada mood masa depan, saya tulis lagi :D

Beberapa hari lagi nak raya, so saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua yang terbaca entry ni. Have a joyful raya with your family & friends :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: