Clinical Exam Psychiatry & Primary Care

Alhamdullillah, clinical exam untuk psychiatry & primary care dah habis. Minggu lepas lagi dah habis tapi saya baru nak post pasal exam ni sebab baru ada mood nak cerita pasal exam. Basically, dua-dua exam tu evaluate cara kita dealing dengan patient, especially exam psychiatry. Cuak giler bila examiner tengok kita clerking patient. Dah la bukan sebarang examiner, dieorang tu semuanyer specialists. Lepas exam tu, rasa macam mati hidup balik,huhu...

Untuk Psychiatry, saya kena clerking seorang simulator patient ni. Patient ni abang kat clinic, tengok muka dia pun saya dah nak gelak, inikan lak nak kena clerking dia. Nasib baik saya dapat tunjukkan empathy saya cuba saya nervous gila babeng sebab semua orang pandang saya, terasa macam "center of attention", glamer kejap I uolllss. Hahaha. Comment saya dapat adalah, "You are more anxious than the patient". Mana tak anxious,semua orang pandang saya clerking. Datin & Dr Khatijah perhatikan saya macam nak makan saya, semua gerak-geri saya dieorang perhatikan termasuklah tuisan buruk saya atas kertas clerking tu. Perasaan tu hanya Tuhan yang tau, saya terasa macam nak lari nyorok bawah meja waktu tu, takut giler.

Untuk primary care lak, ada 2 station yang saya kena gi.First station saya adalah saya kena clerking & bgi consultation kat patient yang hyperlipidemia. First mistake saya buat adalah saya bagi salam. Saya tak alert patient tu non-muslim sebab saya baca profile dia En Amir, so saya terus je la bagi salam, sekali tengok non-muslim rupanya, failed betul sebab tak alert. Consultation saya tak berjalan lancar sebab saya blur giler nak cakap pasal apa, semua range untuk HDL,LDL, cholesterol level lupa. Teruk giler. Then second station saya adalah perform & explain cara guna peak flow meter kat patient. Patient tu nice sangat, I like her. Kat situ lagi best sebab selama ni belajar cara pakai je, cara nak intepret result tak pernah belajar lak. Habis merapu saya waktu explain kat patient, semua pakai general knowledge & common sense je. ada 1 chart tu saya langsung tak reti nak intterpret, pandang lama pun, idea tak datang-datang. Giler betul.

One thing saya belajar waktu exam psychiatry & primary care adalah, communication skills sangat penting, kalau tak tau sekali pun, cuba untuk tahu dan just be honest. Yang penting, hormat patient kita. Walaupun exam hanyalah 15 minutes, but it was the longest 15 minutes in my life. Hopefully saya pass la exam untuk posting ni, saya tak nak repeat sebab penat la nk repeat exam. Ya Allah, passkan la saya & kawan-kawan yang lain untuk exam ni, Amin. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: