Kenalan, Kawan, Sahabat.

Kenalan, kawan dan sahabat, perkataan yang secara dasarnya membawa maksudnya yang sama tapi hakikatnya ia berbeza.

Dari kenalan boleh bertukar menjadi kawan, seterusnya menjadi sahabat. Dari sahabat mungkin boleh bertukar menjadi kenalan. Dari kenalan mungkin boleh manjadi kawan dan seterusnya menjadi teman sehidup semati yang diikat dengan akad nikah ;D

Kita tak kan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada hubungan kita dengan rakan-rakan sekeliling kita. Kita mungkin akan bersahabat baik dengan mereka pada hari ini, tapi esok kita akan bergaduh dan tak akan bertegur sapa. Semuanya terletak pada keiklasan masing-masing dalam berkawan.

Bagi saya,

Kenalan adalah rakan-rakan yang kita hanya kenali mereka secara superficial, kita bertegur sapa bila berjumpa, tetapi kita tidak menghabiskan masa kita dengan mereka.

Kawan adalah rakan-rakan yang kita kenali secara lebih dekat, kita mungkin tahu kisah hidup mereka, kenal keluarga mereka, kita habiskan masa kita bersuka-ria bersama mereka, tapi masih ada batasan antara kita dan mereka. Kawan tidak akan pernah lihat kita sedih, tidak akan tahu rahsia kita dan mereka bukan tempat kita luahkan perasaan saya yang sebenar.

Sahabat adalah orang yang bersama kita waktu susah dan senang, bersama-sama kita membuat benda gila, bersama-sama kita sewaktu kita menghadapi kesulitan, tempat kita meluahkan perasaan dan tempat kita meminta pendapat. Sahabat adalah rakan sejati kita, rakan yang kita boleh kata apa sahaja tanpa perlu berselindung, rakan yang akan berterus-terang dengan kita, rakan yang akan memaafkan kita tanpa menyimpan sebarang perasaan hasad dengki, rakan yang akan gembira bila kita gembira dan sedih bila kita bersedih. Itulah sahabat yang sebenar.

Saya bersyukur saya dikurniakan ramai kawan-kawan yang sangat meyeronokan dan yang lebih penting saya dikurniakan sahabat yang boleh saya percaya. Kepada semua kawan-kawan saya, terima kasih sebab anda semua telah membuatkan hidup saya lebih ceria dan memberi pengalaman yang menarik buat saya <3






Cheers :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: