Dulu Lain, Sekarang Lain

MBBS buatkan saya makin berubah. Mesti ada je benda yang saya tak pua hati, saya tak suka, then saya akan complain. Orang paling utama yang terpaksa dengar saya complain adalah Kak Tika dan abah.

Sekarangg dah tak macam dulu. Lain sangat sekarang ni. Saya rindu waktu saya kat BMS dulu.

Dulu tak de orang yang sangat-sangat selfish. Kitaorang semua bersatu-padu, semua friendly je.

Kami mungkin tak pandai dan tak hebat, tapi kami tahu untuk hormat orang lain, kami tahu untuk berkerjasa-sama untuk kepentingan semua dan yang penting kami tahu untuk bersuka-ria walaupun banyak halangan perlu ditempuhi.

Walau besar mana masalah sekalipun, kami tak complain, kami buat apa yang penting dan biarkan benda yang remeh-temeh tu sendiri.

Dulu, setiap hari saya pasti gelak besar ngan kawan-kawan saya, saya jarang sakit hati, saya selalu positif untuk hadapai dugaan. Tapi sekarang tak. Selalu anda perkara yang saya rasa lansung tak makes sense, yang buatkan saya rasa nak marah.

Pagi tadi sebelum balik Shah Alam, mak pesan "Ain, jangan marah-marah selalu, banyak lagi benda Ain nak tempuh".

Selama 21 tahun saya hidup, ni first time mak pesan suruh saya jangan marah-marah. Tertusuk jiwa bila dengar mak cakap macam tu. Saya terpikir mungkin mak cakap macam tu sebab setiap kali abah datang ambik, mesti ade je benda yang saya akan complaint kat dia pasal hidup saya kat sini.

Pemarah adalah bukan sifat saya. Saya selalu boleh tolerate dengan orang-orang yang bagi masalah pada saya. Paling kurang saya akan buat bodoh dengan dieorang.

Tapi sekarang tak. Saya tak boleh tolerate dengan mereka. Ada certain peoples yang saya boleh go along with, tapi ada yang langsung saya tak boleh kawan sebab langsung tak sekepala ngan saya.

Ni bukan saya.

Saya penat complaint, saya penat pendam perasaan, saya penat untuk duduk dalam negative energy orang lain.

Saya perlukan kawan-kawan saya untuk bagi energy positive pada saya, untuk ceriakan hidup saya. Rindu dieorang sangat-sangat. :`(

Saya patut stop semua ni dan jadi balik diri saya. Allah tak kan letak saya dalam situation ni tanpa sebab. Semoga saya sabr untuk hadapi semua ni, amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 comments:

oxaloacetate89 said...

Hmmmm..doa byk2 sayang.dekatkan diri dgn Allah meh..nnti hati kite tenang..insyaAllah :)

Musafir Melayu said...

be strong. be patience.

be stronger.