Senyum, Tak Perlu Kata Apa-Apa T__T

Ilmu tak semestinya dapat dari lecturer, or may i say specialist je, Dari orang lain pun boleh dapat especially MO & HO. Klau untuk procedure, ngan nurses pun boleh belajar. Tak lupa, ngan kawan-kawan atau senior pun kita boleh kongsi-kongsi ilmu.Sharing is caring kan? So, apa salahnya share ilmu? Tak kan habis ilmu kita, makin bertambah ada la, siap dapan award lagi dari Allah.

Tak semestinya kita masuk U, kita medical students, kita tak boleh baik ngan mak cik cleaner, pak cik guards ataupun kakak jual kat canteen hospital tu. Walaupun dieorang nampak rendah dari kita, tapi tanpa dieorang, hospital mesti akan jadi kelam-kabut. Bayangkan kalau guards tak de, orang boleh senang-senang keluar-masuk hospital, ambik harta milik hospital, rosakkan fasilities kat hospital, rompak hospital. Tak ke bahaya tu? Kalau mak cik cleaner lak tak de, sape nak cuci toilet kat hospital, mop lantai, buang sampah semua tu? Confirm-confirm doctor tak nak wat. Nurses pun sama sebab masing-masing sibuk ngan kerja jaga patients. Kalau akak jual kat canteen tu tak de, sape nak tolong jaga canteen nanti? Klau canteen tutup, nanti kita kelaparan sebab tak boleh nak beli makanan. Dah la makanan kat canteen Pusat Rawatan Harian tu best, macam-macam ada.

Sebenarnya ngan patients pun kita boleh belajar. Saya pernah experienced tu. Seronok belajar ngan dieorang sebab kita belajar untuk tukar medical terms tu kepada terms yang lebih pasar, yang patients pakai.Selalu pakai medical terms, tapi bila approach patients,kita akan banyak pakai bahasa yang lebih senang patients paham. So, memang kita kena biasakan diri dengan terms-terms patients. Lagipun kita dapat belajar sekali macam mana nak approach patients dengan cara yang lebih baik. Patients sentiasa memandang kita. Jangan salahkan patients kalau dia berlagak balik ngan kita.

So, nampak tak yang setiap orang kat hospital tu penting? Walau siapa pun dieorang, dieorang adalah seseorang yang berpontensi mengajar kita sesuatu, tak kisah la dengan cara yang baik atau tak. Jangan asyik pikir nak bodek orang yang superior je. Tak salah kalau senyum dan bertegur sapa ngan orang lain juga. Senyum kan sedekah. Kalau kita asyik senyum kat orang, kita akan rasa bahagia, orang lain pun bahagia sebab senyum adalah the most contagious disease in the world. Pahala pun free-free je boleh dapan. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih lepas orang buat sesuatu yang baik untuk kita. Cheers V(^_^)V

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: