Wahai Hati & Fikiran

Cuba berfikiran posiitif dengan mengatakan pada diri bahawasanya daku akan diuji pada tahap sebenar. Jadi apa yang akan terjadi nanti adalah kayu pengukur kemampuan sebenar diriku. Berjaya atau tidak, itulah kemampuanku. Tetapi jauh di sudut hati, tetap risau dengan apa yang bakal terjadi. Merasakan diri masih tidak mampu untuk menerima semua ini lagi.

Allah lebih mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik buatku. Ini semua darinya & sudah semestinya ini yang terbaik buatku. Wahai hati, jangan lah engkau berbelah bahagi. Selari la hati dengan fikiran agar daku yakin melangkah menghadapi dugaan mendatang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: