Tolong Punctual

Tadi saya ade janji dengan seorang akak untuk survey pasal Education Consultant. Kami janji untuk jumpa pukul 12 kat U-cafe. Kebetulan kelas saya habis awal, so saya mintak akak tu datang awal sebab Yana nak gi hospital lepas survey tu (saya ajak Yana untuk jawab survey tu sebab akak tu mintak 2 orang). Saya expect akak tu akan datang awal sebab dia yang janji ngan saya untuk jumpa pukul 12, so dia sepatutnya dh ade kat situ sebelum pkul 12 lagi. Saya sempat lunch sementara tunggu dia sampai. Dia sampai dalam pukul 12.15 dengan seorang kawan dia, Raja. Nak bagi introduction pasal survey tu pun lama, macam-macam dia tanya, ada certain things tu rasanya tak berkaitan ngan survey pun (tnya psl duk mana, wat course ape, dtg college naik ape etc. lak), last-last dieorang mintak jumpa waktu lain sebab survey dia lama. Bila tanya bape lama, tak boleh jawab, tau jawab lama je. Bila last sekali tanya berapa lama duration survey ni, baru la cakap dalam 2 jam. Then ktorang wat appointment baru untuk hari sabtu ni, pukul 10 pagi. Saya siap cakap kalau nak jumpa pukul 10, make sure pukul 10 dah sampai. Dieorang mesti ingat saya perli tapi saya tak de niat pun nak perli, just nak suruh punctual. Saya tak suka orang tak punctual sebab dia akan melambatkan orang lain lak especially kalau dia yang bagi waktu yang sepatutnya jumpa.

Sorry yer abang ngan akak, saya memang orang yang jenis macam ni, dh memang kena didik dari kecik macam ni. Lagipun punctual tu penting dan ia melambang disiplin seseorang tu (saya bukan mengutuk orang tak punctual kat sini). Mulai hari ini, jom la kita semua belajar untuk punctual :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: