Manusia

Kadang-kadang manusia cepat lupa,
kadang-kadang manusia suka mengambil jalan mudah,
kadang-kadang manusia suka berpikiran negatif.

mereka hanya mahu dibantu,
tanpa mahu membantu orang lain,
mereka hanya mahu disangjung,
tanpa menyanjung orang lain,
mereka hanya fikirkan tentang emosi & fikiran mereka,
tanpa memikirkan emosi & fikiran orang lain.

mereka lupa pada Pencipta mereka,
mereka lupa dari mana mereka datang,
mereka lupa Siapa diatas sana yang sentiasa memandang mereka,
mereka lupa siapa yang menyayangi mereka,
mereka lupa siapa yang sentiasa disisi mereka,
menangis bila melihat mereka menangis,
senyum bila mereka ketawa.

mereka lupa semua itu,
bukan kerana mereka mempunyai penyakit fizikal,
tetapi kerana mereka mempunyai penyakit rohani,
mereka memilih untuk melupakan kisah silam mereka,
untuk melupakan perasaan berada di bawah,
memilih untuk melupakan jasa orang di sekeliling,
& yang lebih penting,jasa Pencipta mereka.

mereka memilih untuk melupakan kisah silam mereka,
kerana kisah dahulu membuatkan mereka berasa rendah diri,
membuatkan mereka berasa kecil,
perasaan yang mereka ingin buang sejauh-jauhnya,
kerana mereka merasa bangga abila disangjung,
merasa bangga abila menjadi bahan pujian,
merasa bangga abila berada diatas.

mereka memilih jalan mudah,
kerana mereka malas berfikir,
malas berpenat-lelah,
mereka tidak mahu mencari jalan terbaik,
bagi mereka,
apa sahaja jalan yang ada di depan mereka,
itulah jalan terbaik,
walaupun hakikatnya,
jalan itu menuju sebaliknya.

mereka memilih berfikiran negatif,
dengan melihat segala perkara dari sudut tidak elok,
dari sudut keburukan melebihi kebaikan,
dari fikiran seperti itu,
lahirlah kata-kata negatif dari mulut mereka,
lahirlah prasangka buruk dari hati mereka,
& musnahlah sinar harapan mereka.

mereka memilih hanya untuk mangambil kira emosi & fikiran mereka sahaja,
tanpa memikirkan tentang emosi& fikiran org lain,
seolah-olah segalanya tentang mereka,
seolah-olah kepayahan mereka melebihi segala masalah di dunia ini,
seolah-olah kesenangan mereka melebihi segala kebaikan di dunia ini,
seolah-olah hanya mereka yang wujud.
mereka lupa tentang orang disekeling mereka,
lupa bahawa orang-orang itu juga bernama manusia,
yang mempunyai emosi & akal seperti mana mereka,
kerana bagi mereka,
orang lain tidak sebijak mereka,
tidak sepenting mereka,
tidah pernah & tidak akan faham emosi & fikiran mereka.

tapi semua itu salah,
mereka semua silap,
kerana siapa pun kita,
apapun bangsa,agama atau keturunan kita,
apapun jawatan,harta atau rupa kita,
kita datang dari tempat yang sama,
kita mempunyai pencipta yang sama,
iaitu Allah S.A.W.,Tuhan pencipta & pentadbir seluruh alam.

walau sekaya mana pun harta kekayaan yang kita meliki,
walau sekuat atau secantik mana pun rupa fizikal kita,
walau setinggi & sebesar mana pun jawatan atau pangkat kita,
semua itu milik Allah yang dipinjam kepada kita,
kerana tanpa izinNya kita tidak akan punya apa-apa,
bahkan kita langsung tidak akan wujud di dunia ini.

kenapa kita perlu memilih jalan mudah?
kenapa kita tidak mahu berfikir?
kenapa kita tidak mahu berpenat-lelah untuk mendapatkan hasil yang terbaik?
kenapa kita tidak mahu gunakan kurniaan Allah sebaik-baiknya?
beza manusia dengan ciptaan Allah yang lain adalah akal,
Allah kurniakan akal fikiran pada kita supaya kita dapat memilih perkara terbaik buat kita,
Allah kurniakan fizikal yang sihat supaya kita mampu melalukan yang terbaik buat diri kita.
kenapa kita perlu menyesal mendapat keburukan kalau kita tidak pernah memlih untuk membuat yang terbaik?

kenapa kita perlu menjadi negatif?
berfikiran,berkata-kata & berniat buruk,
melihat segala-galanya dari sudut yang tidak baik,
bila mana kita suka pada kebaikan yang terjadi pada kita,
pada kata-kata manis yang dilontar pada kita,
pada harapan yang diberi pada kita.
Allah tidak akan pernah menguji melebihi kemampuan kita,
Allah tidak akan memberi keburukan kepada mereka yang memilih kebaikan,
Allah tidak akan memberi bala pada mereka yang memilih untuk berdoa padaNya.

Allah adalah sumber kekuatan kita,
Allah adalah sumber harapan kita,
Dia menyayangi kita lebih dari ibubapa kita sendiri,
maka sayangiNya seperti mana yang kita patut lakukan,
berdoa lah setiap kali kita berputus harapan,
kerana Dia maha mendengar,
tetapi,
bersyukurlah setiap kali kita mendapat kebaikan,
kerana kebaikan yang datang hanya dariNya.

ingatlah pada pencipta kita,
ingatlah pada orang disekeliling kita,
hargai la mereka,
kerena tanpa mereka,
kita tidak akaan berada di tempat yang kita berada sekarang <3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: